PhotobucketPhotobucketPhotobucket

MANICURE, apa tu???



Hello buddyz... Kali ni Lebah Comel nak kongsikan tentang manicure. Manicure? Apa tu?
Anda tahu apa itu MANICURE?
Apa? Tak tahu. Kalau macam tu jom follow entry ni.. Lebah Comel akan ceritakan serba sedikit apa yang Lebah Comel tahu pasal manicure ni..

Buddyz semua, manicure adalah penjacaan kuku supaya cantik, bersih dan sihat. Pada zaman yang serba canggih ni, tak kira perempuan ke lelaki ke, mereka semua tentu mahu sesekali memanjakan kuku, tak kira la kuku tangan ke kaki ke. Bukan sahaja perempuan yang mahu kelihatan cantik dan sempurna dari hujung rambut ke hujung kuku, tetepi lelaki juga tak kurang, mereka juga mesti mahukan kelihatan sempurna. Semua mahukan kuku yang cantik.


KENAPA MANICURE???

Manicure memberikan banyak kebaikan kepada MALE dan FEMALE:

1. Manicure membantu mengekalkan kuku dan tangan bersuh dan sihat sepanjang masa.

2. Menjadikan kulit tangan lebih lembut dan cantik.

3. Menjaga kesihatan peribadi. Setiap aktiviti harian kita menggunakan tangan; makan, ke tandas dan pastinya kita akan berjabat tangan dengan seseorang yang kita tak tahu tahap kebersihan tangannya.

4. Mengelak daripada mendapat jankitan penyakit akibat pengumpulan bakteria di bawah kuku jari tangan. Sesetengeh orang mempunyai tabiat dan suka menggigit kuku mereka, jika kuku mereka kotor bakteria akan banyak pada kuku meraka dan boleh menyebatkan jangkitan pada mulut apabila mereka menggigit kuku.

5. Dapat meningkatkan kesihatan kita dan menghentikan pelbagai masalah seperti seperti kuku berkulat yang bayak terjadi pada kuku kaki.

6. Dalam sesetangah pekerjaan, kita akan berubung dan berjumpa dengan ramai orang, jadi kuku yang bersih dan sihat amat penting. Ia dapat meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang.


HOW TO DO MANICURE???

Kita boleh melakukan manicure di pusat kecantikan, tapi bagi yang bajet kurang tak apa kita juga boleh buat di rumah. Cuma perlu ada alat-alat untuk manicure dan follow cara-cara ni:

1. Basuh tangan dengan air bersih dan kemudian keringkan.

2. Gunakan panel double-side emery untuk melicin dan meratakan permukaan serta hujung kuku. Elak bahagian celah antara kuku dan isi supaya tak terluka dan rosak.




3. Mulakan proses membentuk kuku anda. Bentuk kuku yang paling popular ialah oval, tapi pilihlah bentu yang sesuai dengan tangan anda.


4. Sapukan pelembut (softener) pada kutikal dan biarkan beberapa minit.

5. Kemudian celupkan tangan ke dalam air suam dan rendam untuk beberapa minit.

6. Gunakan  alat khusus untuk menolak kutikal sehingga garis kuku dengan lembut. Potong lebihan kutikal dengan meggunakan pemotong yang sesuai.

7. Last sekali, sapukan losyen dan urut pelahan-lahan tangan dengan mengunakan ibu jari tangan lain. Cara ini membantu pengaliran darah di bahagian tangan.

PETUA SI LEBAH COMEL

Kuku Cantik dan Berkilat...
Anda boleh mendapatkan kuku yang sentiasa berkilat dan cantik dengan hanya menggunakan ubat gigi.
Ambil sedikit ubat gigi dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama.

Selamat mencuba semua..
Sekian dulu untuk kali ini.
Jika ada silap dan terlebih maafkanlah..

Buka minda dah fikir...